Ahad, 15 Ogos 2010

LanGkah-lanGkah kEselAmatAn

  • Seperti diod, transistor juga perlu dikendalikan dengan berhati-hati.Langkah -langkah keselamatan seperti berikut perlu dipatuhi supaya transistortersebut tidak rosak.
  1. Elakkan daripada mengenakan tekanan mekanikal kepada tamatan-tamatan transisitor supaya penyambungan antara dawai dengan bahan separuh pengalir tidak terjejas.
  2. Elakkan daripada mengenakan haba yang tinggi kepada transistor.Haba yang terlampau tinggi boleh merosakkan transistor.Apabila memateri transistor ke papan litar,gunakan alat pemateri berkuasa rendah.
  3. Apabila menguji transistor pada papan litar,pastikan transistor terlebih dahulu dipisahkan dari litar.
  4. Untuk transistor kuasa,penenggelam haba perlu dipasang untuk menyejukkan transistor tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan