Ahad, 15 Ogos 2010

LanGkah-lanGkah kEselAmatAn

  • Seperti diod, transistor juga perlu dikendalikan dengan berhati-hati.Langkah -langkah keselamatan seperti berikut perlu dipatuhi supaya transistortersebut tidak rosak.
  1. Elakkan daripada mengenakan tekanan mekanikal kepada tamatan-tamatan transisitor supaya penyambungan antara dawai dengan bahan separuh pengalir tidak terjejas.
  2. Elakkan daripada mengenakan haba yang tinggi kepada transistor.Haba yang terlampau tinggi boleh merosakkan transistor.Apabila memateri transistor ke papan litar,gunakan alat pemateri berkuasa rendah.
  3. Apabila menguji transistor pada papan litar,pastikan transistor terlebih dahulu dipisahkan dari litar.
  4. Untuk transistor kuasa,penenggelam haba perlu dipasang untuk menyejukkan transistor tersebut.

Pengujian Transistor dan Kerosakan Transistor

  • Oleh sebab kerosakan yang sering berlaku kepada transistor ialah kerosakan terbuka dan terpintas,maka ujian asas menggunakan meter ohm boleh digunakan untuk menguji kerosakan tersebut.
  • Transistor seolah-olah dua diod yang disambung terbalik.Jika ujian terhadap kedua-dua diod ini positif,transistor ini berkeadaan baik.Rajah 7.8 menunjukkan cara menguji transistor NPN menggunakan meter ohm. 
  • Meter ohm juga boleh digunakan untuk menentukan jenis transistor serta elemen sesuatu transistor. Ini penting apabila maklumat berkaitan sesuatu transistor tidak diketahui.
  • Rajah 7.9 menunjukkan langkah untuk menentukan elemen tapak dan seterusnya jenis (sama ada NPN atau PNP) sesuatu transistor menggunakan meter ohm.Rajah 7.10 pula menunjukkan cara menentukan elemen pemancar dan pemungut sesuatu transistor.



















  • Meter ohm juga boleh digunakan untuk menentukan jenis transistor serta elemen sesuatu transistor. Ini penting apabila maklumat berkaitan sesuatu transistor tidak diketahui.
  • Rajah 7.9 menunjukkan langkah untuk menentukan elemen tapak dan seterusnya jenis (sama ada NPN atau PNP) sesuatu transistor menggunakan meter ohm.Rajah 7.10 pula menunjukkan cara menentukan elemen pemancar dan pemungut sesuatu transistor.


  1. Tanda kaki transistor.
  2. Set meter pelbagai analog ke fungsi pengujian rintangan pada julat R x 10.
  3. Uji transistor mengikut langkah seperti ditunjukkan dalam contoh di bawah ini.
  4. Kenalpasti langkah apabila transistor berada dalam keadaan picang ke depan (dalam contoh di atas,transistor berada dalam keadaan pincang ke depan pada langkah 1 dan langkah 6).
  5. Kenalpasti kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan dalam langkah 4.kaki ini ialah elemen tapak untuk transistor tersebut .(dalam contoh di atas kaki sepunya untuk kedua-dua keadaan ialah kaki 2).
  6. Jenis transistor di tentukan berdasarkan kenyataan berikut:
               Transistor PNP - Jika kaki sepunya disambung ke tamatan positif meter pelbagai analog.

               Transistor NPN - Jika kaki sepunya disambung ke tamatan negatif meter pelbagai analog.

        (dalam contoh di atas Transistor adalah dari jenis PNP).

  1. Setkan meter pelbagai berdigit ke fungsi pengujian diod.
  2. Lakukan ujian seperti ditunjukkan dalam contoh di bawah ini (dalam contoh ini elemen tapak telah di kenal pasti iaitu kaki 2 menggunakan kaedah seperti ditunjukkan dalam Rajah 7.9).
  3. Kenalpasti langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertinggi.
  4. Dalam contoh di atas langkah yang menunjukkan nilai susutan voltan tertingi ialah keadaan 2.Oleh itu kaki 1 ialah elemen pemungut.

Pengenalan

Nama saya Muhammad Syahir Bin Mohamad zin.Saya dari kelas 4ee2.Selamat datang ke blog saya.